Thursday 14 April 2011

Sudahkah anda muktamadkan pilihan..

Esok 16 April 2011, adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua penduduk Malaysia amnya dan Sarawak Khasnya. Ia adalah hari yang penuh bersejarah buat kita semua, satu hari yang dinantikan oleh setiap parti dan individu yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung. Adakah pemerintah akan berjaya mempertahankan  pemerintahan? Adakah pembangkang akan berjaya menjatuhkan pemerintahan yang sedia ada? Adakah setiap strategi dan kempen yang diadakan mampu meraih undi para pengundi, mampu menggugatkan pendirian penduduk Sarawak?

Hanya satu pesanku kepada rakyat Sarawak, Walaupun apa yang mereka janjikan, berikan buatlah pilihan terbaik demi kesinambungan pembangunan dan kemajuan Sarawak. Ingatlah walaupun siapa mereka, tanpa kamu semua mereka bukannya sesiapa. Kamu yang menjadikan mereka dikenali dan disanjung. Tanpa kamu mereka adalah seperti kamu. Janganlah kamu takut untuk berubah atau beralih angin sekiranya mereka tidak lagi mampu membawakan pembangunan dan memberikan kemajuan kepada kamu.

Mereka tidak boleh berbuat apa-apa kepada kamu, hanya kamu yang mampu merubah hidup kamu. Janganlah kamu takutkan mereka. Kamu yang memberikan mereka apa yang mereka ada sekarang. Berusahalah untuk memajukan diri kamu, masyarakat kamu dan generasi keturunan kamu. Pilihan kamu adalah segala-galanya bagi kamu. Kamu tidak punya apa-apa selain itu.

Jika ada pepatah mengatakan “ Jangan seperti kacang lupakan kulit” itu adalah pepatah lama kerana apa yang mereka telah lakukan dan berikan kepada kamu adalah tanggungjawab mereka terhadap kamu sebagai wakil yang kamu pilih untuk mewakili kamu. TANGGUNGJAWAB itu adalah amanah kamu kepada mereka untuk menjaga kamu, bukannya jasa mereka kepada kamu. Ingat akan itu, janganlah kamu diputarbelitkan dengan itu. Itu bukannya budi mereka tetapi kerja mereka yang semestinya termasuk dalam senarai tugas mereka.

Jadilah seperti kami, “Apa yang diberikan kami ambil kerana itu adalah hak kami, tetapi tanggungjawab kami adalah untuk memajukan diri kami meneruskan kelangsungan hidup kami, generasi kami dan yang paling penting Agama kami.” Jika kamu mampu menjadi seperti kami. Kami amat berbangga akan hal itu. Kami menyanjungi Alim Ulama, bukannya Alim Menyemak seperti sesetengah pihak dan individu yang ada, berada dimajlis-majlis yang gempak, cakap berayat-ayat tapi sangap bila SOLAT (kamu tahu siapa yang kami maksudkan).

Enhanced by Zemanta

1 comment:

  1. Tahniah diucapkan kepada BN kerana berjaya mengekalkan rekod kemenangan di Sarawak dan Syabas diucapkan kepada Ketua Menteri Sarawak.
    Teruskan usaha untuk membangunkan Sarawak... Itu adalah tanggungjawab anda...

    ReplyDelete