Thursday 31 March 2011

Sarawak.

Pilihan Raya DUN Sarawak akan berlangsung tidak lama lagi. Siapakah yang bakal menaiki tampok pemerintahan Sarawak? Adakah Ketua Menteri mampu mempertahankan jawatannya? Siapakah yang akan menjadi Ketua Menteri yang baru seandainya pakatan Barisan Nasional tewas? Mungkinkah dengan pelbagai isu yang diperdebatkan oleh ahli-ahli politik, calon, wakil calon dan penyokong calon akan menghangatkan lagi suasana pilihanraya yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Adakah pakatan pembangkang sudah cukup bersedia untuk meruntuhkan kubu pemerintahan Barisan Nasional? Adakah Persediaan Barisan Nasional telah mencukupi untuk menumpaskan lawannya. Adakah akan berlaku situasi lompat parti dan pelbagai lagi situasi yang biasa berlaku dalam setiaop pilihanraya.

Apakah janji-janji yang akan ditaburkan kepada rakyat Sarawak sekiranya berjaya memerintah. Adakah janji-janji lama telah ditunaikan. Adakah calon yang diletakkan itu sememangnya seorang yang berwibawa dan mempunyai hati berjiwa rakyat, mampu memperjuangkan nasib rakyat. Bersamalah kita ikuti setiap detik sehingga kesaat pengiraan undi habis dijalankan.

Enhanced by Zemanta

Tuesday 29 March 2011

Pembantu

Seorang ahli politik yang berjaya tidak mampu untuk melaksanakan pelbagai kerja ataupun program dan memikirkan idea-idea yang boleh mengembangkan lagi kerjayanya sebagai seorang ahli politik secara bersendirian. Sebagai membantunya untuk terus berjaya dalam kerjayanya, pembantu yang baik, boleh diharapkan serta berwawasan dan berpandangan jauh amat diperlukan bagi membantunya untuk berjaya. Pelbagai gelaran diberikan padanya ada yang bergelar setiausaha politik, ada yang bergelar setiausaha sulit dan pelbagai lagi gelaran.

Mereka inilah sebenarnya yang menjadi tulang belakang kepada ahli politik untuk mencapai kegemilangan politiknya. Mereka ini akan memberikan nasihat, pandangan dan pelbagai jenis bantuan kepada ahli politik berkenaan. Mereka inilah yang sebenarnya berkerja disebalik kejayaan seseorang ahli politik tanpa disedari oleh masyarakat umum. Mereka ini amat berpengaruh terhadap ahli politik berkenaan.

Namun ada juga penasihat tidak rasmi kepada ahli politik berkenaan, mereka adalah ahli mesyuarat tingkap, ahli mesyuarat dapur yang terdiri daripada kenalan lama, sahabat karib dan juga individu yang berada di pihak bertentangan. Ini adalah bagi memperlihatkan keburukan dan pandangan negatif disebalik setiap program dan dasar yang dilaksanakan. Dengan ini, segala kekurangan dan keburukan program yang dijalankan itu dapat diatasi sepenuhnya, paling tidakpun mengurangkan impak negatif yang timbul.

Sekiranya hendak berjaya dalam dunia politik, pilihlah seorang pembantu yang baik, yang berwawasan dan berpandangan jauh serta mempunyai pelbagai perspektif pandangan yang berbeza. Jangan pula dilupakan kritikan-kritikan pihak lawan, jadikan setiap kritikan itu sebagai satu usaha untuk menambahbaik program yang dijalankan. Sesungguhnya setiap perkara yang baik tidak akan mendapat tentangan, walaupun dari pihak lawan. Gunakan segala apa yang dilontarkan (kritikan itu sebagai cara untuk mempertahankan diri dan menyerang mereka kembali – WHAT U SAYS WILL BE USED AGAINST U), Senyap itu adalah senjata yang paling mujarab untuk mengalahkan lawan kerana setiap kelemahan kita akan terbongkar dengan kata-kata dan cara kita bertindak untuk melawan mereka. Hanya kita yang tahu kelemahan kita, jangan biarkan mereka menyerang kita ditempat yang kita bukakan ruang untuk mereka tanpa kita sedari, kecuali ruang yang dibuka itu adalah perangkap kepada mereka.

Enhanced by Zemanta

Friday 25 March 2011

Warisan.

Kita pernah mendengar ungkapan peribahasa “Bapa Borek, Anak Rintik”, “Like Father Like Son”. Begitulah juga dalam dunia politik di Malaysia ini. Lihat sajalah PM kita yang ke-6, bapanya dahulu adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke-2. Tidak hairanlah jika anaknya pula kini mengambil tempatnya sebagai seorang Perdana Menteri. Itu adalah lumrah politik Malaysia.

Untuk menjadi ADUN ataupun Ahli Parlimen, bukan cuma ketokohan calon yang diambil kira tapi pengaruh keluarga iaitu warisan daripada bapa ataupun datuk. Pengaruh keluarga adalah faktor yang amat kuat untuk memenangi pilihanraya tidak kira pilihanraya kecil ataupun pilihanraya umum. Rakyat Malaysia (Kecuali Kelantan) adalah golongan yang amat prihatin dengan budi yang telah ditaburkan oleh seseorang pemimpin masyarakat setempat. Mereka akan mengingati setiap apa yang pernah diberikan, disumbangkan oleh pemimpin sedangkan apa yang pemimpin sumbangkan adalah tanggungjawab mereka sebagai seorang pemimpin. Namun bab pepatah melayu “termakan budi tergadai body”.

Sekiranya tidak percaya. Keluarlah dari kepompong masyarakat. Cuba keluar daripada parlimen sendiri dan bertanding di parlimen lain. Namun ianya juga dipengaruhi oleh unsur-unsur lain dalam masyarakat.

Thursday 24 March 2011

Peribadi.

Siapa yang tidak kenal dengan  Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan Darul Naim yang ke-5. Seorang tokoh politik dan agama yang disegani teman dan digeruni oleh lawan. Seorang Ulama yang berjaya mempertahankan pentadbiran dan pemerintahan kerajaan Kelantan selama 21 tahun.

Bagaimanakah beliau dapat mempertahankan Kelantan begitu lama? Rahsianya terletak pada peribadinya yang bersahaja dan sikapnya yang ramah. Beliau juga mengurangkan halangan untuk bertemu rakyat. Beliau tidak memerlukan pengawal peribadi untuk mengiringinya kemana-mana destinasi yang dituju olehnya. Baginya cukuplah hanya Allah yang menjaganya dan diiringi oleh Raqib dan Atid untuk mencatat segalanya.

Sebagai seorang Menteri Besar yang juga seorang pemimpin, tidak seharusnya beliau takutkan rakyat yang dipimpinnya serta patut disegani oleh lawan.

Pemerintah PAS dikelantan juga masih tiada calon yang sesuai untuk menggantikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mereka juga bimbangkan akan kejatuhan Pemerintahan PAS di Kelantan sekiranya calon yang dipilih untuk menggantikan Tuan Guru tidak mampu menyaingi keperibadian Tuan Guru.

Semoga maklumat ini dapat dijadikan panduan kepada para ahli politik di Malaysia ini untuk mengekalkan kerusi DUN ataupun PARLIMEN.

Enhanced by Zemanta

PRU Semakin Hampir

Seperti kebiasaan, pemerintah (Pihak yang memerintah) akan mengalih/ mencipta isu-isu yang sensasi sebelum setiap Pilihanraya Umum. Ini bermakna pilihanraya sudah semakin hampir. Adakah anda semua sudah mendaftarkan sebagai seorang pemilih yang berdaftar. Masih belum terlewat untuk mendaftar sebagai seorang pemilih. Daftarlah sebagai seorang pemilih hari ini, Jangan berlengah lagi. Undi anda adalah penentu masa depan keturunan dan negara anda. Usah dipertaruhkan nasib negara di tangan mereka yang memperkotak katikan kita.

Memang telah menjadi lumrah, pemerintah akan mengalihkan sesuatu isu hangat dengan mencipta satu isu yang boleh mengaburi mata para pemilih yang berdaftar. Jangan kita lupa akan taktik dan teknik yang telah digunakan cuma caranya sahaja yang berbeza namun matlamatnya adalah tetap sama. Semoga rakyat bangkit dan memperjuangkan negara yang dicintai ini. Bebaskanlah negara ini daripada mereka yang berkepentingan. Mereka cuma akan menemui anda untuk sesuatu pilihanraya sahaja setelah itu menghilang dengan pelbagai alasan kesibukan.

Pada paparan akan datang saya akan memaparkan teknik, trick dan tip untuk mengalihkan perhatian rakyat disamping memancing undi. Kepada ahli politik bersediakah anda? Pilihan raya umum adalah medan yang terbaik untuk berkuasa dan menukar pemerintahan kerana kuasa dan sumber yang ada tidak boleh digunakan dalam sesuatu kawasan sahaja. Para pemimpin terpaksa berada di kawasan DUN dan PARLIMEN masing-masing untuk meraih undi pemilih.

Enhanced by Zemanta

Sunday 20 March 2011

Salam Perkenalan

Blog ini adalah sebagai sebuah medium perantaraan memeparkan kisah-kisah Pilihanraya. Strategi, isu dan gimik politik demi meraih sokongan dan seterusnya mendapatkan undi daripada para pengundi untuk terus berkuasa dan mendapat kuasa dalam pentadbiran kerajaan negari atau persekutuan, Kepada para pengkritik dan penyolong politik serta individu yang terlibat dalam dunia politik secara langsung ataupun tidak langsung dipaparkan  kenapa dan mengapakah mereka ini masih memegang tampok kepimpinan kerajaan. Diselitkan juga kisah suka duka ahli politik, hilang tumbuh patah berganti. Rangkuman kejadian dan percaturan ahli-ahli politik di Malaysia menjelang Pilihanraya Umum yang ke-13 tidak lama lagi.