Tuesday 12 April 2011

Politik…

Petikan Utusan Online 16 Disember 2010.
Slogan tidak boleh tingkatkan syiar Islam - Najib

15/12/2010 7:25pm

MELAKA 15 Dis. — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata syiar Islam tidak boleh ditingkatkan dan ummah tidak dapat dibangunkan hanya berdasarkan slogan semata-mata.

Perdana Menteri berkata, perubahan kepada umat Islam hanya akan menjadi kenyataan hanya jika ia diperjuangkan dan dengan kerajaan mengisi kerohanian umat Islam sebenarnya dengan pelbagai usaha berterusan.

"Ada pihak cenderung untuk meluahkan slogan ”membangun bersama Islam” dan mereka cenderung juga menggantung kain rentang sepanjang jalan dan sebagainya.

"Tetapi ini merupakan slogan dan kata-kata yang digantung pada pagar dan pokok (sahaja). Tetapi apakah kalau kita gantung slogan, betapa indah slogan sekalipun, adakah itu yang sebenarnya membawa kepada pembangunan ummah pada hari ini?” katanya semasa merasmikan Masjid Sayyidina Ali di Bukit Katil dekat sini hari ini.

Najib berkata, orang yang boleh berfikir secara rasional tanpa emosi sahaja yang akan mengetahui bahawa slogan seperti itu tidak akan membawa kepada perubahan kepada umat islam. — Bernama

Apa bezanya slogan dicanangkan dibandingkan dengan Gagasan 1 Malaysia, “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.” Sedarkah kita bahawa Gagasan yang dilaungkan itu berupakan satu syarat.  Hayatilah slogan yang dicanangkan menerusi perspektif yang berbeza. Memang kita tidak akan dapat melihat kepincangan dan kelemahan sistem yang kita bangunkan sekiranya pandangan kita dari arah dan ke arah yang selari dengan pandangan kita. Buktikanlah sendiri, lakukan ujikaji mudah ini.

1. Pilih satu lokasi; dan tetapkan titik pandangan [tempat berdiri].

2. Pilih arah [Utara, Selatan, Timur, Barat], tetapkan sudut pandangan.

3. Catatkan apa yang kita lihat. Ajak seorang kenalan melakukan apa yang kita lakukan mengikut perincian yang sama seperti yang dilakukan oleh kita.

Bandingkan catatan kenalan dengan catatan anda. Tentu banyak perkara yang sama.. hampir 90% adalah benda yang sama.

4. Lokasi masih lagi sama dan titik pandangan yang sama, ubahkan arah dan sudut pandangan, catatkan apa yang dilihat. maka kita akan melihat perbezaannya amat besar. Ulang langkah dengan sudut dan arah berbeza. Semakin banyak perbezaan yang kita nampak.

Kesimpulannya, janganlah sesekali kita mengutuk apa yang dilakukan oleh individu lain, mengaibkan mereka kerana mereka tidak dapat melihat perbezaan dan kelemahan pada sistem yang dibangunkan disebabkan oleh pandangan yang terhad. Untuk memperbaiki kelemahan dan kepincangan sistem, Kita seharusnya menerima semua pandangan dan tohmahan yang dilemparkan. Kandungan yang baik jadikan rujukan dan kandungan yang buruk jadikan batu sempadan. Dengan ini, sistem yang dibangunkan akan menjadi lebih mesra alam [diterima oleh semua lapisan masyarakat yang mempunyai pandangan berbeza]. Jangan dek kerana kita adalah seorang juruterbang, kita mengusir kanak-kanak bermain layang-layang. Mungkin tanpa kita sedari, teknik penerbangan bermula dengan permainan layang-layang. Cuma pemikiran yang dibatasi oleh pandangan mereka menjadikan mereka pembuat layang-layang. Jika batasan pemikiran mereka dibuang [skala], maka apa yang kita lihat mereka sebenarnya adalah jurutera aero engineering. Jangan kita bataskan pandangan kita kerana had batasan pandangan mereka.

Berfikir sebelum  berkata, berhenti sebelum bertindak, insafi diri sebelum mengkritik… Fikirkan dulu… Ingat orang tersayang kadar kemalangan bertambah; jagalah keselamatan sesama manusia insan makhluk ciptaan Allah. Insafi diri dan tunduklah kebumi kerana daripada tanah kita diciptakan kepada tanah kita akan kembali.. Ingat sebelum lupa, jangan terjun perigi buta, nanti lemas dek sesak…

Mengata Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Kita yang lebih; Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah; Kuman seberang laut nampak, gajah depan mata lari ajela [kang gajah tu naik minyak], jgn jadi seperti 7 orang buta dan seekor gajah;

Selagi kita menutup aib orang lain InsyaAllah, Allah akan menutup aib kita; Kata-kata Allah itu benar, Janji-janji Allah itu benar; Biarlah apa orang nak buat dekat kita, janji kita tak buat dekat orang; Allah Maha Kaya dan tiada yang melebihiNya.

Adios…………

Enhanced by Zemanta

No comments:

Post a Comment