Tuesday 12 April 2011

Pemimpin Berwibawa

Sebelum ini, saya pernah menulis tentang Pemimpin tapi kali ini di panjangkan lagi kepada pemimpin berwibawa. Pemimpin  berwibawa adalah pemimpin yang disegani, ditakuti, dihormati dan dikasihi. Setiap tindakan dan keputusan yang buat olehnya adalah demi kepentingan rakyatnya, tiada satupun keputusan yang dibuat ada;ah untuk menjaga kepentingan dirinya dan kroni (mereka yang mempunyai hubungan secara langsung ataupun tidak langsung: keluarga, sahabat, kenalan, rakan kongsi dan mereka yang menaja).

Datangnya tidak dijemput, tibanya tidak bersambut.

Kehadirannya adalah kerana rakyatnya, bukan kerananya. Hidupnya demi kepentingan rakyatnya. Makannya tidak pernah kenyang dan bukannya di hotel berbintang-bintang sebelum rakyatnya sendawa. Tidurnya tidak pernah lena dan bukan diatas tilam empuk berjenama sebelum rakyatnya dibuai mimpi. Mandinya tidak pernah basah dan bukan dalam pancuran air sebelum rakyatnya bersih dari segala kekotoran.

Setiap kali berada diluar penginapannya tiada berpengiring, hanya malaikat yang menemaninya, untuk mencatatkan segala kekurangannya. Tidak pernah gentar dengan musuh yang mendatang. Yang pertama berada di hadapan memimpin angkatan dimedan perang. Mengatur strategi pembangunan.

Masih adakah, adakah lagi pemimpin yang sedemikian. Kemewahan rakyat menjadi kesenangan baginya. Keselamatan rakyat melegakan gundah dihati.

Pemimpin berwibawa kehadirannya tidak disedari namun peninggalannya memberikan seribu erti.

No comments:

Post a Comment