Thursday 14 April 2011

Skim Rumah Pertama (part I)

Pembiayaan sehingga 100%

Bagaimana dengan kadar bayaran balik bulanan yang ditanggung. Adakah faedah yang perlu dibayar itu termasuk 10% yang dijamin oleh kerajaan melalui Cagamas. Jika kadar faedah itu adalah termasuk ini bukannya dinamakan untuk menolong golongan muda memiliki rumah sendiri tetapi dalam senyap tanpa diketahui merupakan satu tikaman dari belakang oleh kerajaan untuk menambahkan keuntungan kepada pihak tertentu. Dimana konsep rakyat didahulukan.

Harta kediaman sahaja

Kenapa perlu menghadkan kepada harta kediaman sahaja jika boleh diperluaskan kepada premis perniagaan. Kerana ia akan membantu menaikkan taraf hidup masyarakat dan seterusnya menjana pendapatan tambahan buat mereka. Secara tidak langsung menambah aliran tunai dalam negara dan akhirnya menstabilkan ekonomi negara.

Pembeli rumah pertama

Ini akan menghadkan pemilikan rumah kepada generasi muda. Sekiranya mereka berkemampuan kenapa tidak di berikan kelonggaran kepada mereka untuk memiliki lebih daripada sebuah rumah. Dan sekiranya mereka telah memiliki rumah sebelum ini (kos rendah), maka mereka yang berkenaan tidak layak mendapatkan pinjaman dalam skim ini.

Individu berumur sehingga 35 tahun

Adakah mereka yang berusia lebih dari 35 tahun ini adalah terdiri daripada mereka yang berisiko untuk tidak menjelaskan hutang, kenapakah tidak diberikan kemudahan kepada mereka untuk memiliki rumah sedangkan sebelum ini mereka telah cuba memiliki rumah namun tidak mampu memiliki rumah kerana tidak mampu menyediakan wang pendahuluan sebanyak 10% daripada harga jualan rumah. Alangkah ruginya mereka itu kerana pentadbiran sebelum ini yang kurang prihatin terhadap mereka, dan pentadbiran sekarang seperti menyisihkan mereka. Tidak ada ruginya mereka diberikan kemudahan ini kerana mereka juga adalah rakyat Malaysia (1 Malaysia).

Pendapatan kasar peminjam/pelanggan perseorangan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan

Adakah mereka yang berpendapatan tidak melebihi RM3000.00 sebulan ini mampu untuk membayar balik pinjaman tanpa membebankan diri mereka dengan lain-lain perbelanjaan yang perlu mereka tanggung setiap bulan termasuk sewa rumah, bil-bil, keperluan dapur, pinjaman kenderaan (kereta, motor, dsbg), kos perjalanan untuk menjana pendapatan (minyak, tol, tambang, parkir), serta kos pendidikan anak, perubatan keluarga dan pelbagai kos lain yang perlu diambil kira.

No comments:

Post a Comment