Monday 25 April 2011

Murid Sekolah Obesiti

23 tahun dahulu, kantin sekolah menyediakan makanan yang sama seperti hari ini. Setiap hari dalam program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) disediakan nasi lemak sebagai hidangan sarapan bagi murid sekolah yang kurang berkemampuan. Tetapi tiada pun permasalahan obesiti dikalangan pelajar sekolah pada masa itu. Ini samada tidak ada langsung kes obesiti, bilangan kes terlalu kecil, kes tidak dilaporkan. Tetapi tidak pula dibincangkan secara umum dan tiada satupun cadangan untuk mengawal penjualan makanan di kantin sekolah. Mungkin Menteri Kesihatan pada masa itu sibuk untuk mengejar objektif kesihatan yang lain, yang lebih penting untuk pembangunan negara.

Pada pandangan saya, masalah ini bukan berpunca daripada makanan yang dijual di kantin sekolah tetapi Kementerian Pelajaran seharusnya mengambil inisiatif bagi mengatasi masalah ini. Kementerian Pelajaran seharusnya mengambil pendekatan dengan menggubal dan menambahbaik kurikulum pendidikan agar masalah ini dapat dibendung. Dahulu kami pelajar begitu aktif pantang ada masa terluang akan kami isikan dengan aktiviti fizikal contohnya setiap kali, setiap hari sewaktu rehat makan dalam 20 minit kami masih mampu untuk bermain bola sepak dipadang, bermain galah panjang dan pelbagai lagi aktiviti yang boleh membakar lemak dan membuang dan membakar kolesterol yang ada dari pengambilan makanan yang dijual di kantin sekolah.

Kini kebanyakkan sekolah tidak memiliki padang permainan sendiri, kebanyakkan ruang kosong atau padang yang ada digunakan untuk membina bangunan sekolah yang baru untuk mengatasi masalah tidak cukup ruang bilik darjah dan pelbagai lagi infrastruktur yang lain. Yang tinggal cuma beberapa sekolah yang ternama masih memiliki ruang lapang, yang lainnya telah kehilangan ruang lapang bagi pelajar menghabiskan masa untuk membakar kolesterol.

Jangan kita salahkan nasi lemak kerana nasi lemak memang sinonim dengan budaya melayu sejak dari dulu lagi. Nasi lemak adalah budaya kita. Jati diri kita masyarakat Malaysia. Diharapkan agar kementerian berkenaan usah lagi menimbulkan usul yang pada pandangan saya tidak masuk akal logik kita. Usah membazirkan peruntukan belanjawan mengurus untuk mengambil pakar pemakanan demi untuk mengatasi masalah ini. Jimatkan peruntukan itu demi pembangunan modal insan. Bukan hanya pentingkan akademik tetapi pencapaian sahsiah dan jatidiri pelajar. Banyak yang boleh dilakukan dengan Implementasi Kewangan yang ada sekiranya berhasrat untuk mengambil pakar pemakanan.

Lagi satu, suasana kejiranan yang tidak selamat, kebelakangan ini kebanyakkan pelajar sekolah banyak menghabiskan mas berada di sekolah ataupun dirumah melakukan aktiviti yang tidak mengeluarkan peluh. Apa tidaknya, nak keluar rumahpun kita takut dengan kejadian jenayah yang berleluasa. Keselamatan tidak terjamin, kes kehilangan kanak-kanak yang tidak ada kesudahan dan tiada pendekatan yang logik bagi mengatasi masalah keselamatan ini.

Kita sebagai masyarakat Malaysia seharusnya bersatu bagi mengatasi masalah ini. Bergandingan bahu bersama kerajaan menyuarakan pendapat yang mungkin lebih baik daripada yang pernah dan terfikirkan oleh mereka yang mempunyai kepentingan lain disebalik isu yang digembar-gemburkan ini.

Anak sewaktu kecil adalah milik kita, sudah besar milik masyarakat. Bersamalah kita menjaga anak kita bersama-sama. Jangan mudah melatah sekiranya anak kita ditegur kerana kelakuan dan perbuatan mereka difikirkan kurang senang di pandangan mata masyarakat. Sekiranya kita menerima teguran mereka nescaya kita sama-sama menjaga anak-anak kita. Oleh itu pepatah Jangan Jaga Tepi Kain Orang Laintidak patut di praktikkan cuma yang perlu diamalkan ialah jangan mengaibkan orang lain. Sekian.. Jumpa lagi…

Tuesday 19 April 2011

Tepatkah Pilihan

Pada 16 April (Sabu) – Rakyat Sarawak telah memuktamadkan pilihan mereka dalam menghadapi Pilihanraya Umum DUN Sarawak yang ke-10. Mereka telah bersatu hati telah meneruskan kepimpinan Barisan Nasional untuk mentadbir dan memerintah mereka untuk tempoh 5 tahun akan datang. Kepercayaan mereka terhadap kepimpinan BN tidak luntur walaupun mereka telah disogokkan dengan pelbaghai agenda oleh pembangkang. Agenda pembangkang masih belum cukup untuk mengubah pendirian mereka terhadap kepimpinan BN yang telah berkuasa semenjak merdeka lagi.

Itulah hakikatnya yang telah berlaku di Sarawak, bagaimana dengan penduduk Semenanjung. Adakah anda semua telah membuat keputusan. Calon manakah akan menjadi pilihan anda atau parti manakah akan menjadi pilihan anda. Adakah pendirian anda masih belum kukuh dan mampu digugat oleh kempen-kempen yang akan diadakan. Walau apapun pilihan anda ingatlah pesan ini. Jangan kerana Satu Nama, Satu Malaysia terjual. Jangan pula nanti anak-anak kita hidup merempat dibumi sendiri. Hayatilah lirik lagu Warisan.

Enhanced by Zemanta

Thursday 14 April 2011

Skim Rumah Pertama (part I)

Pembiayaan sehingga 100%

Bagaimana dengan kadar bayaran balik bulanan yang ditanggung. Adakah faedah yang perlu dibayar itu termasuk 10% yang dijamin oleh kerajaan melalui Cagamas. Jika kadar faedah itu adalah termasuk ini bukannya dinamakan untuk menolong golongan muda memiliki rumah sendiri tetapi dalam senyap tanpa diketahui merupakan satu tikaman dari belakang oleh kerajaan untuk menambahkan keuntungan kepada pihak tertentu. Dimana konsep rakyat didahulukan.

Harta kediaman sahaja

Kenapa perlu menghadkan kepada harta kediaman sahaja jika boleh diperluaskan kepada premis perniagaan. Kerana ia akan membantu menaikkan taraf hidup masyarakat dan seterusnya menjana pendapatan tambahan buat mereka. Secara tidak langsung menambah aliran tunai dalam negara dan akhirnya menstabilkan ekonomi negara.

Pembeli rumah pertama

Ini akan menghadkan pemilikan rumah kepada generasi muda. Sekiranya mereka berkemampuan kenapa tidak di berikan kelonggaran kepada mereka untuk memiliki lebih daripada sebuah rumah. Dan sekiranya mereka telah memiliki rumah sebelum ini (kos rendah), maka mereka yang berkenaan tidak layak mendapatkan pinjaman dalam skim ini.

Individu berumur sehingga 35 tahun

Adakah mereka yang berusia lebih dari 35 tahun ini adalah terdiri daripada mereka yang berisiko untuk tidak menjelaskan hutang, kenapakah tidak diberikan kemudahan kepada mereka untuk memiliki rumah sedangkan sebelum ini mereka telah cuba memiliki rumah namun tidak mampu memiliki rumah kerana tidak mampu menyediakan wang pendahuluan sebanyak 10% daripada harga jualan rumah. Alangkah ruginya mereka itu kerana pentadbiran sebelum ini yang kurang prihatin terhadap mereka, dan pentadbiran sekarang seperti menyisihkan mereka. Tidak ada ruginya mereka diberikan kemudahan ini kerana mereka juga adalah rakyat Malaysia (1 Malaysia).

Pendapatan kasar peminjam/pelanggan perseorangan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan

Adakah mereka yang berpendapatan tidak melebihi RM3000.00 sebulan ini mampu untuk membayar balik pinjaman tanpa membebankan diri mereka dengan lain-lain perbelanjaan yang perlu mereka tanggung setiap bulan termasuk sewa rumah, bil-bil, keperluan dapur, pinjaman kenderaan (kereta, motor, dsbg), kos perjalanan untuk menjana pendapatan (minyak, tol, tambang, parkir), serta kos pendidikan anak, perubatan keluarga dan pelbagai kos lain yang perlu diambil kira.

Sudahkah anda muktamadkan pilihan..

Esok 16 April 2011, adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua penduduk Malaysia amnya dan Sarawak Khasnya. Ia adalah hari yang penuh bersejarah buat kita semua, satu hari yang dinantikan oleh setiap parti dan individu yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung. Adakah pemerintah akan berjaya mempertahankan  pemerintahan? Adakah pembangkang akan berjaya menjatuhkan pemerintahan yang sedia ada? Adakah setiap strategi dan kempen yang diadakan mampu meraih undi para pengundi, mampu menggugatkan pendirian penduduk Sarawak?

Hanya satu pesanku kepada rakyat Sarawak, Walaupun apa yang mereka janjikan, berikan buatlah pilihan terbaik demi kesinambungan pembangunan dan kemajuan Sarawak. Ingatlah walaupun siapa mereka, tanpa kamu semua mereka bukannya sesiapa. Kamu yang menjadikan mereka dikenali dan disanjung. Tanpa kamu mereka adalah seperti kamu. Janganlah kamu takut untuk berubah atau beralih angin sekiranya mereka tidak lagi mampu membawakan pembangunan dan memberikan kemajuan kepada kamu.

Mereka tidak boleh berbuat apa-apa kepada kamu, hanya kamu yang mampu merubah hidup kamu. Janganlah kamu takutkan mereka. Kamu yang memberikan mereka apa yang mereka ada sekarang. Berusahalah untuk memajukan diri kamu, masyarakat kamu dan generasi keturunan kamu. Pilihan kamu adalah segala-galanya bagi kamu. Kamu tidak punya apa-apa selain itu.

Jika ada pepatah mengatakan “ Jangan seperti kacang lupakan kulit” itu adalah pepatah lama kerana apa yang mereka telah lakukan dan berikan kepada kamu adalah tanggungjawab mereka terhadap kamu sebagai wakil yang kamu pilih untuk mewakili kamu. TANGGUNGJAWAB itu adalah amanah kamu kepada mereka untuk menjaga kamu, bukannya jasa mereka kepada kamu. Ingat akan itu, janganlah kamu diputarbelitkan dengan itu. Itu bukannya budi mereka tetapi kerja mereka yang semestinya termasuk dalam senarai tugas mereka.

Jadilah seperti kami, “Apa yang diberikan kami ambil kerana itu adalah hak kami, tetapi tanggungjawab kami adalah untuk memajukan diri kami meneruskan kelangsungan hidup kami, generasi kami dan yang paling penting Agama kami.” Jika kamu mampu menjadi seperti kami. Kami amat berbangga akan hal itu. Kami menyanjungi Alim Ulama, bukannya Alim Menyemak seperti sesetengah pihak dan individu yang ada, berada dimajlis-majlis yang gempak, cakap berayat-ayat tapi sangap bila SOLAT (kamu tahu siapa yang kami maksudkan).

Enhanced by Zemanta

Tuesday 12 April 2011

Politik…

Petikan Utusan Online 16 Disember 2010.
Slogan tidak boleh tingkatkan syiar Islam - Najib

15/12/2010 7:25pm

MELAKA 15 Dis. — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata syiar Islam tidak boleh ditingkatkan dan ummah tidak dapat dibangunkan hanya berdasarkan slogan semata-mata.

Perdana Menteri berkata, perubahan kepada umat Islam hanya akan menjadi kenyataan hanya jika ia diperjuangkan dan dengan kerajaan mengisi kerohanian umat Islam sebenarnya dengan pelbagai usaha berterusan.

"Ada pihak cenderung untuk meluahkan slogan ”membangun bersama Islam” dan mereka cenderung juga menggantung kain rentang sepanjang jalan dan sebagainya.

"Tetapi ini merupakan slogan dan kata-kata yang digantung pada pagar dan pokok (sahaja). Tetapi apakah kalau kita gantung slogan, betapa indah slogan sekalipun, adakah itu yang sebenarnya membawa kepada pembangunan ummah pada hari ini?” katanya semasa merasmikan Masjid Sayyidina Ali di Bukit Katil dekat sini hari ini.

Najib berkata, orang yang boleh berfikir secara rasional tanpa emosi sahaja yang akan mengetahui bahawa slogan seperti itu tidak akan membawa kepada perubahan kepada umat islam. — Bernama

Apa bezanya slogan dicanangkan dibandingkan dengan Gagasan 1 Malaysia, “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.” Sedarkah kita bahawa Gagasan yang dilaungkan itu berupakan satu syarat.  Hayatilah slogan yang dicanangkan menerusi perspektif yang berbeza. Memang kita tidak akan dapat melihat kepincangan dan kelemahan sistem yang kita bangunkan sekiranya pandangan kita dari arah dan ke arah yang selari dengan pandangan kita. Buktikanlah sendiri, lakukan ujikaji mudah ini.

1. Pilih satu lokasi; dan tetapkan titik pandangan [tempat berdiri].

2. Pilih arah [Utara, Selatan, Timur, Barat], tetapkan sudut pandangan.

3. Catatkan apa yang kita lihat. Ajak seorang kenalan melakukan apa yang kita lakukan mengikut perincian yang sama seperti yang dilakukan oleh kita.

Bandingkan catatan kenalan dengan catatan anda. Tentu banyak perkara yang sama.. hampir 90% adalah benda yang sama.

4. Lokasi masih lagi sama dan titik pandangan yang sama, ubahkan arah dan sudut pandangan, catatkan apa yang dilihat. maka kita akan melihat perbezaannya amat besar. Ulang langkah dengan sudut dan arah berbeza. Semakin banyak perbezaan yang kita nampak.

Kesimpulannya, janganlah sesekali kita mengutuk apa yang dilakukan oleh individu lain, mengaibkan mereka kerana mereka tidak dapat melihat perbezaan dan kelemahan pada sistem yang dibangunkan disebabkan oleh pandangan yang terhad. Untuk memperbaiki kelemahan dan kepincangan sistem, Kita seharusnya menerima semua pandangan dan tohmahan yang dilemparkan. Kandungan yang baik jadikan rujukan dan kandungan yang buruk jadikan batu sempadan. Dengan ini, sistem yang dibangunkan akan menjadi lebih mesra alam [diterima oleh semua lapisan masyarakat yang mempunyai pandangan berbeza]. Jangan dek kerana kita adalah seorang juruterbang, kita mengusir kanak-kanak bermain layang-layang. Mungkin tanpa kita sedari, teknik penerbangan bermula dengan permainan layang-layang. Cuma pemikiran yang dibatasi oleh pandangan mereka menjadikan mereka pembuat layang-layang. Jika batasan pemikiran mereka dibuang [skala], maka apa yang kita lihat mereka sebenarnya adalah jurutera aero engineering. Jangan kita bataskan pandangan kita kerana had batasan pandangan mereka.

Berfikir sebelum  berkata, berhenti sebelum bertindak, insafi diri sebelum mengkritik… Fikirkan dulu… Ingat orang tersayang kadar kemalangan bertambah; jagalah keselamatan sesama manusia insan makhluk ciptaan Allah. Insafi diri dan tunduklah kebumi kerana daripada tanah kita diciptakan kepada tanah kita akan kembali.. Ingat sebelum lupa, jangan terjun perigi buta, nanti lemas dek sesak…

Mengata Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Kita yang lebih; Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah; Kuman seberang laut nampak, gajah depan mata lari ajela [kang gajah tu naik minyak], jgn jadi seperti 7 orang buta dan seekor gajah;

Selagi kita menutup aib orang lain InsyaAllah, Allah akan menutup aib kita; Kata-kata Allah itu benar, Janji-janji Allah itu benar; Biarlah apa orang nak buat dekat kita, janji kita tak buat dekat orang; Allah Maha Kaya dan tiada yang melebihiNya.

Adios…………

Enhanced by Zemanta

Pemimpin Berwibawa

Sebelum ini, saya pernah menulis tentang Pemimpin tapi kali ini di panjangkan lagi kepada pemimpin berwibawa. Pemimpin  berwibawa adalah pemimpin yang disegani, ditakuti, dihormati dan dikasihi. Setiap tindakan dan keputusan yang buat olehnya adalah demi kepentingan rakyatnya, tiada satupun keputusan yang dibuat ada;ah untuk menjaga kepentingan dirinya dan kroni (mereka yang mempunyai hubungan secara langsung ataupun tidak langsung: keluarga, sahabat, kenalan, rakan kongsi dan mereka yang menaja).

Datangnya tidak dijemput, tibanya tidak bersambut.

Kehadirannya adalah kerana rakyatnya, bukan kerananya. Hidupnya demi kepentingan rakyatnya. Makannya tidak pernah kenyang dan bukannya di hotel berbintang-bintang sebelum rakyatnya sendawa. Tidurnya tidak pernah lena dan bukan diatas tilam empuk berjenama sebelum rakyatnya dibuai mimpi. Mandinya tidak pernah basah dan bukan dalam pancuran air sebelum rakyatnya bersih dari segala kekotoran.

Setiap kali berada diluar penginapannya tiada berpengiring, hanya malaikat yang menemaninya, untuk mencatatkan segala kekurangannya. Tidak pernah gentar dengan musuh yang mendatang. Yang pertama berada di hadapan memimpin angkatan dimedan perang. Mengatur strategi pembangunan.

Masih adakah, adakah lagi pemimpin yang sedemikian. Kemewahan rakyat menjadi kesenangan baginya. Keselamatan rakyat melegakan gundah dihati.

Pemimpin berwibawa kehadirannya tidak disedari namun peninggalannya memberikan seribu erti.

Perhubungan.

Manusia tidak diciptakan sempurna dan setiap individu adalah unik (mempunyai personaliti, kemahiran, kebolehan, bakat, gaya tersendiri walaupun pasangan kembar seiras – kelihatan sama namun sebenarnya berbeza). Oleh kerana keunikan penciptaan dan ketidak sempurnaan itu maka kita digalakkan untuk menjalinkan perhubungan sesama masnusi untuk saling melengkapi dan menyempurnakan penciptaan manusia oleh ALLAH S.W.T sebagai makhluk yang paling istimewa di atas muka numi ini. Allah S.W.T pernah berfirman dalam Al-Quran tentang perhubungan.

Perhubungan adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan ini, kerana itulah Allah berfirman di dalam AL-QURAN, kitab suci sebagai panduan ummat Islam menghadapi kehidupan yang penuh dengan onak duri dan liku-liku yang tidak kita duga dan sedari mendatangi dan meninggalkan kita sehinggalan kita menempuhi kematian menuju ke alam barzakh.

Dalam kehidupan ini terdapat pelbagai jenis perhubungan; Ada hubungan yang pada mulanya dibolehkan dan jika dilakukan berlebihan diharamkan. Ada hubungan yang pada mulanya haram tetapi mendapat keredhaan Allah pada akhirnya. Adakah kita menyedari akan hakikat perhubungan yang terjalin dan dijalinkan oleh kita sesama manusia. Hubungan itu berada di dalam kategori manakah? Mengapakah kita mengatakan demikian.

Sesungguhnya hubungan yang dijalinkan terjalin berasaskan kepada beberapa faktor utama. Antaranya keselamatan, sayang, kasih, cinta, dominasi, minoriti, kerja, ekonomi dan banyak lagi faktor yang mendorong kita menjalinkan perhubungan.

Adakah anda dapat mengikuti apa yang cuba diterangkan di sini. Sekiranya anda masih berada didalam keadaan keliru bak nyanyian Ajai dan Nurul maka eloklah mendapatkan nasihat dan pendapat daripada mereka yang lebih mengetahuinya terutamanya ustaz-ustaz dan guru agama yang sememangnya arif dalah hal ini. Janganlah golongan ini dijauhi. Dekatkanlah diri anda kepada golongan ini (tetapi beringat kerana ada sesetengah golongan ini yang hanya mementingkan duniawi) untuk keselamatan di dunia dan akhirat.

Sunday 10 April 2011

Lorong Tak Sama.

Salam sejahtera dan selamat di ucapkan kepada semua. Saya tertarik dengan kata-kata PM kita 2 hari yang lepas sewaktu merasmikan koridor pantai timur. Tetapi yang membuatkan saya terkilan adalah macamana hendak duduk bersama menggunakan laluan selorong kerana PM menggunakan kereta berpengiring dan bertambah dengan pengawal peribadi. Kalau kami berada dilorong yang sama sekalipun sah kami kena halau ke lorong sebelah untuk memberikan laluan kepada PM.

Jadi bagaimana PM nak realisasikan hal ini kerana terdapat halangan yang teramat sangat untuk mengatasinya. Semoga halangan yang tercipta, dicipta itu dapat dibuang bagi membolehkan kita bersama-sama berada di lorong yang sama dan bersama-sama menuju destinasi yang sama dan tiba bersama-sama beriringan bergandingan. Sekiranya halangan yang dicipta tercipta tidak dapat dibuang walaupun kita berada dilorong yang sama, destinasi yang sama namun kita tidak boleh bersama beriringan. Fikir-fikirkan…