Tuesday 10 May 2011

Harga Barang Naik Lagi

Berikutan kenaikan harga minyak RON97 beberapa hari yang lalu. Hari ini kerajaan telah mengumumkan kenaikan harga gula di pasaran tempatan. Percaya atau tidak, kenaikan harga gula ini akan menaikkan harga makanan yang lain walaupun penyediaan makanan berkenaan tidak menggunakan gula atau penggunaan gula yang terlalu kecil kuantitinya. Namun di kesempatan kenaikan harga gula ini akan membuatkan para penjual makanan mempunyai alasan untuk menaikkan harga makanan sedangkan jumlah pendapatan tahunan rakyat Malaysia tidak pula meningkat sejajar dengan kenaikan minyak dan gula dipasaran.

Dimana relevennya kenaikan harga gula ini, mengapakah harga gula perlu naik. Dimana pihak yang berwajib untuk menjaga kepentingan rakyat untuk menjaga kesejahteraan rakyat Malaysia. Perlu diingatkan, sudah cukup lama rakyat Malaysia hidup ibarat lembu yang dicucuk hidnunya hanya menurut kemana sahaja hala pembangunan negara walaupun diri sendiri tergadai. Elakkan menjadi pak turut yang mengikut sahaja hanya mengangguk mengiakan setiap kata-kata pemimpin sedangkan diri sendiri tergadai maruah dan kebebasan dalam negara sendiri.

Udah cukup-cukupler tue menjadi Pak Turut. Berubahlah membela nasib anak bangsa paling tidak anak cucu cicit sendiri agar mampu untuk hidup di negara sendiri bagaikan orang yang MERDEKA. Selalu kita lihat iklan, kita bukan mewariskan bumi ini kepada anak kita tetapi kita meminjamnya daripada mereka. Kenapa tidak kita praktikkan hal yang sama tentang pemerintahan negara kita ini. Negara ini milik mereka, berubahlah demi mereka jangan tinggalkan negara yang tidak mampu untuk diduduki oleh mereka kerana mereka adalah kesinambungan generasi kita.

Jangan kita bermegah hari ini kerana tindakan kita akan membuatkan anak cucu cicit dan keturunan kita merempat di negara sendiri. Nenek Moyang Kaya Raya tergadai seluruh harta benda. Bertindaklah sekarang demi perjuangan dan keberlangsungan (survival) anak-anak kita.

Enhanced by Zemanta

Sunday 8 May 2011

Pemasaran

Perniagaan adalah 9 daripada sepuluh cara untuk mencari rezeki. Rasulullah s.a.w sendiri adalah antara individu yang berjaya dalam perniagaan yang diceburinya. Tetapi pada masa sekarang adalah sukar untuk bersaing dalam dunia pasaran global yang menawarkan produk pada harga yang lebih rendah kadangkala tidak termampu untuk dilakukan oleh  pendatang baru dan juga syarikat yang kecil dan mula berjinak dengan bidang perniagaan yang diceburi untuk dibandingkan dengan konglomerat-konglomerat dunia yang memiliki modal pusingan berbilion USD. Terfikirkah kita bagaimana untuk menandingi mereka dalam era globalisasi pasaran produk.

Untuk mengatasi konglomerat dan gergasi dunia ini dari segi harga dan pasaran kita sebagai anak kecil dalam bidang ini maka kita seharusnya mencari jalan baru dalam penghasilan dan cara pemasaran yang lebih efektif dari segi kos agar dapat bersaing dalam pasaran global. Untuk mengurungkan kos produksi kita seharusnya mampu menghasilkan produk yang lebih berkualiti dengan kos yang lebih rendah. Untuk mengurangkan kos produksi kita seharusnya mampu mengeluarkan produk dalam kuantiti yang banyak (mass production) kerana secara langsung kos penghasilan 1 unit produk akan dikurangkan dengan mendadak. Kenapa? Ini adalah disebabkan kerana kos buruh dan penggunaan elektrik untuk pencahayaan dann pengaliran udara tidak akan meningkat. Ini akan mengurangkan kos penghasilan secara langsung.

Tetapi sebelum memulakan penghasilan mass production kita perlu mendapatkan pasaran untuk produk yang bakal kita hasilkan. Untuk memasarkan produk yang dihasilkan kita perlu berfikir secara semulajadi iaitu jiwa yang dimiliki oleh produk. Tidak perlu penghasilan kertas kerja yang hebat dari segi angkanya tetapi fikirkan kepada mereka yang hendak menggunakan produk kita. Berikan apa yang pengguna mahukan daripada produk yang kita ingin hasilkan bukannya berikan pengguna produk kita kepada mereka. Libatkan mereka secara tidak langsung dalam proses rekabentuk dan variant warna produk. Lihat kreativiti mereka jangan lihat siapa mereka yang memberikan idea tetapi idea yang diberikan oleh mereka kerana mereka adalah pasaran kita. Kita menghasilkan produk untuk mereka membelinya. Biarlah siapa mereka kerana itu adalah duit mereka maka mereka berhak untuk mendapatkan apa yang mereka fikirkan dan inginkan.

Setelah berjaya menghasilkan mass production maka kita seharusnya mendapatkan maklum balas untuk proses penambahbaikan produk. Biarlah penambahbaikan yang dilakukan sedikit namun berterusan. Ini akan membawa produk kita kepasaran yang lebih tinggi.

Kata kunci utama dalam pasaran bukannya kertas kerja tetapi pengguna akhir yang akan menggunakan produk kita itu. Apabila memikirkan pemasaran maka fikirkan manusia kerana mereka adalah pengguna.

Enhanced by Zemanta