Tuesday 29 March 2011

Pembantu

Seorang ahli politik yang berjaya tidak mampu untuk melaksanakan pelbagai kerja ataupun program dan memikirkan idea-idea yang boleh mengembangkan lagi kerjayanya sebagai seorang ahli politik secara bersendirian. Sebagai membantunya untuk terus berjaya dalam kerjayanya, pembantu yang baik, boleh diharapkan serta berwawasan dan berpandangan jauh amat diperlukan bagi membantunya untuk berjaya. Pelbagai gelaran diberikan padanya ada yang bergelar setiausaha politik, ada yang bergelar setiausaha sulit dan pelbagai lagi gelaran.

Mereka inilah sebenarnya yang menjadi tulang belakang kepada ahli politik untuk mencapai kegemilangan politiknya. Mereka ini akan memberikan nasihat, pandangan dan pelbagai jenis bantuan kepada ahli politik berkenaan. Mereka inilah yang sebenarnya berkerja disebalik kejayaan seseorang ahli politik tanpa disedari oleh masyarakat umum. Mereka ini amat berpengaruh terhadap ahli politik berkenaan.

Namun ada juga penasihat tidak rasmi kepada ahli politik berkenaan, mereka adalah ahli mesyuarat tingkap, ahli mesyuarat dapur yang terdiri daripada kenalan lama, sahabat karib dan juga individu yang berada di pihak bertentangan. Ini adalah bagi memperlihatkan keburukan dan pandangan negatif disebalik setiap program dan dasar yang dilaksanakan. Dengan ini, segala kekurangan dan keburukan program yang dijalankan itu dapat diatasi sepenuhnya, paling tidakpun mengurangkan impak negatif yang timbul.

Sekiranya hendak berjaya dalam dunia politik, pilihlah seorang pembantu yang baik, yang berwawasan dan berpandangan jauh serta mempunyai pelbagai perspektif pandangan yang berbeza. Jangan pula dilupakan kritikan-kritikan pihak lawan, jadikan setiap kritikan itu sebagai satu usaha untuk menambahbaik program yang dijalankan. Sesungguhnya setiap perkara yang baik tidak akan mendapat tentangan, walaupun dari pihak lawan. Gunakan segala apa yang dilontarkan (kritikan itu sebagai cara untuk mempertahankan diri dan menyerang mereka kembali – WHAT U SAYS WILL BE USED AGAINST U), Senyap itu adalah senjata yang paling mujarab untuk mengalahkan lawan kerana setiap kelemahan kita akan terbongkar dengan kata-kata dan cara kita bertindak untuk melawan mereka. Hanya kita yang tahu kelemahan kita, jangan biarkan mereka menyerang kita ditempat yang kita bukakan ruang untuk mereka tanpa kita sedari, kecuali ruang yang dibuka itu adalah perangkap kepada mereka.

Enhanced by Zemanta

No comments:

Post a Comment