Tuesday 10 May 2011

Harga Barang Naik Lagi

Berikutan kenaikan harga minyak RON97 beberapa hari yang lalu. Hari ini kerajaan telah mengumumkan kenaikan harga gula di pasaran tempatan. Percaya atau tidak, kenaikan harga gula ini akan menaikkan harga makanan yang lain walaupun penyediaan makanan berkenaan tidak menggunakan gula atau penggunaan gula yang terlalu kecil kuantitinya. Namun di kesempatan kenaikan harga gula ini akan membuatkan para penjual makanan mempunyai alasan untuk menaikkan harga makanan sedangkan jumlah pendapatan tahunan rakyat Malaysia tidak pula meningkat sejajar dengan kenaikan minyak dan gula dipasaran.

Dimana relevennya kenaikan harga gula ini, mengapakah harga gula perlu naik. Dimana pihak yang berwajib untuk menjaga kepentingan rakyat untuk menjaga kesejahteraan rakyat Malaysia. Perlu diingatkan, sudah cukup lama rakyat Malaysia hidup ibarat lembu yang dicucuk hidnunya hanya menurut kemana sahaja hala pembangunan negara walaupun diri sendiri tergadai. Elakkan menjadi pak turut yang mengikut sahaja hanya mengangguk mengiakan setiap kata-kata pemimpin sedangkan diri sendiri tergadai maruah dan kebebasan dalam negara sendiri.

Udah cukup-cukupler tue menjadi Pak Turut. Berubahlah membela nasib anak bangsa paling tidak anak cucu cicit sendiri agar mampu untuk hidup di negara sendiri bagaikan orang yang MERDEKA. Selalu kita lihat iklan, kita bukan mewariskan bumi ini kepada anak kita tetapi kita meminjamnya daripada mereka. Kenapa tidak kita praktikkan hal yang sama tentang pemerintahan negara kita ini. Negara ini milik mereka, berubahlah demi mereka jangan tinggalkan negara yang tidak mampu untuk diduduki oleh mereka kerana mereka adalah kesinambungan generasi kita.

Jangan kita bermegah hari ini kerana tindakan kita akan membuatkan anak cucu cicit dan keturunan kita merempat di negara sendiri. Nenek Moyang Kaya Raya tergadai seluruh harta benda. Bertindaklah sekarang demi perjuangan dan keberlangsungan (survival) anak-anak kita.

Enhanced by Zemanta

No comments:

Post a Comment